Wednesday, 11 April 2012

BerUsAhaLah KlaU NaK...

hari ni dapat sms dari seorang adik..haa bunyinye cmni..(eh bunyi ke??pe2 je laaa..hee)
"kak, byha nak tanya n!e..ada la group dakwah kt kmpung byha n!e..d!0wg xkje..d!0wg brdkwah je..d!0wg mghrpkan tkd!r Allah je..bt0l ke cra d!0wg n!e kak??bukn ke k!te kena usaha?? untk cari rezeki..tmbahn plak d!owg n!e ada kluarga ms!ng2 tp d!owg xkje..hny mghrp..byha nak tahu sgt.."
hmmm ape yang akak nk jawab ni dik..elokla akak pecahkan satu2..pertama, diorg grup dkwah (bila sebut je "dakwah" pastinya kita bayangkan orang2 yang berjubah putih, berserban, ade buah tasbih kt tangan, ade janggut sket atau byk n byk lg yang kita bygkan..(yg pasti indah2 la kan..hehehe). haa satu lg kita pasti bygkan mereka ni orang2 yang berusaha mengajak kita mendekatkan diri dengan islam, mnyeru pada perkara baik dan melarang pada yang sbaliknya..(amar ma'ruf nahi munkar)..ok..tu satu usaha yang baik..terrrrrsangttt baik..sbb Rasul s.a.w pun dah pesan kt umatnya "sampaikan daripadaku walaupun satu ayat"..jadi, keje pendakwah ni adalah satu kje yang sgt mulia..dan sape2 pun boleh jadi da'ie..kat mane2 pun boleh jadi da'ie kalau nak..

persoalan kedua, diorang x keje dan hanya mengharapkan takdir Allah semata2 sedangkan kita perlu berusaha untuk dpt ape yang kita nak samada rezki dan sebagainya..Ya dik..kita kena usaha untuk dapat apa yang kita nak kerana "Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka sendiri yang mengubahnya"

sesungguhnya Allah s.w.t itu Maha Sempurna, Maha Adil dan Maha Bijaksana..Dia tidak akan mengubah kejahatan kepada kebaikan atau kebaikan kepada kejahatan melainkan manusia sendiri yang menjadi pengubahnya..klau kita nak jadi baik, kita berusaha untuk jadi baik..sama juga dalam urusan mencari rezeki..tiada istilah rezki dtg bergolek, atau semata-mata tunggu je jatuh dari langit..tiada..semua tu kena ada usaha..disamping usaha, mesti ada istiqamah yakni berterusan dlm usaha tersebut. mane bleh putus asa atau sekerat jalan je..seterusnya dalam usaha dan istiqamah tu kita jgn lupa berdoa dan berharap padaNya..haaa kat sini lah kita kena mengharap dengan penuh pengharapan..dalam kerendahan hati..dan akhirnya kita bertawakkal yakni berserah segalanya padaNya..

jawapan pendek je dari akak ye..kalau nak dunia mesti berusaha, nak akhirat juga mesti berusaha..sama jugak ngn rezki, kerjaya, kejayaan lam peperiksaan dan sebagainya pun kena ada usaha..islam x ajar kita mengharap tanpa usaha..berdakwah satu keje yang mulia tp yang x kena adalah bergantung dengan takdir sebab Allah s.w.t tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka sendiri yang mengubahnya..jadi kita kena usaha untuk dapatkan apa yang kita nak dan jangan kita lupa untuk meminta dan berharap padaNya kerana hanya Dia yang Maha segalanya..Maha menentukan yang terbaik untuk kita samada di dunia mahupun akhirat..~~ajaklah manusia kepada kebaikan, berusahalah untuk kecemerlangan dunia dan akhirat, namun jangan lupa berdoa seterusnya berserah padaNya, ya! semata-mata padaNya~~
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

 

Show Me The Stars Template by Carly Lloyd Designs