Saturday, 21 April 2012

___DuNia CiNta____

Dunia cinta mereka,
penuh warna ceria,
setiap saat kehidupan,
amat mengasyikkan,
muzik dunia cinta mereka,
hanyalah gelak tawa,
di dunia cinta itu,
terkadang tangisan sementara,
terkadang selisih faham yang x lama,
itulah dunia cinta yang mereka raikan,
diteguhkan oleh hati-hati suci, 
yang tidak dikotori dengan rasa benci mahupun iri,
ingin sekali aku,
merasai kembali dunia cinta seperti mereka,
memjalinkan kasih berantai,
antara jiwa-jiwa dalam dunia cinta itu,
namun aturan kehidupan pasti tidak mengizinkan,
hari ini mereka,
sedang dalam ni’mat di dunia cinta ceria,
sedangkan aku pernah merasainya suatu ketika,
aturan hidup,
perlahan-lahan aku tinggalkan dunia cinta itu,
begitu juga mereka,
pastinya hanya kenangan,
akan bersemadi,
di setiap jiwa,
yang pernah merasai ni’mat dunia cinta
~~asyiknya dunia cinta itu,tidak dicemari dosa dan noda~~

seronok dan rindu sangat2 bila mengingati kembali zaman kanak2. Kejenye cari kawan ramai2,main sama2,macam2 game..lompat getah,bola bayam,bola kaki tiga,berambat duduk dan baaaaanyaaaakkk lagi..heee..paling best main sembunyi2..mcm2 tempat boleh sembunyi..balik pokok la bawah rumah la,siap tukar baju lagi tu..nk bg keliru..heheh..indahnya jika dikenang kembali “dunia cinta” itu...

walaubagaimana indah kenangan diwaktu itu, harus diterima bahawa setiap perkara ada peraturan dan ada yang mengaturkannya. Begitu juga hidup kita manusia,ada aturan. Bermula setitik mani,menjadi seketul darah,kemudian sekepal daging,dan diciptakan pada daging itu tulang2,kemudian dibalut tulang2 tersebut dengan daging kembali,seterusnya diciptakan lagi sehinggalah ditiupkan roh..cukup sudah tempoh 9 bulan 10 hari, diaturkan untuk meninggalkan alam Rahim jika diizinkan,diberi amanah menjadi khalifah di bumiNya...

bermulalah kehidupan dunia dgn suara tangisan...masa demi masa berlalu bersama aturanNya..dari bertatih,berjalan kemudian berlari...dari bayi kemudian kanak2, kemudian remaja, dewasa dan tua..~~andai ada kesempatan untuk merasai setiap fasa itu,andai tidak berpeluang,aturanNya juga yg berhak,tidak harus dipersalahkan~~

 “dunia cinta” di masa kanak2..sangat2 indah,tidak dibebani oleh masalah, tiada tanggungjawab yang harus dipikul, x perlu fikir mane nak cari wang,nak cari kawan, cari pasangan dan sebagainya sebab pada waktu tu kita hanya mengambil dan menerima apa yang ada didepan bukan memikirkan apa yang akan datang. Tapi..aturan tetap aturan,,sang Pengatur tidak pernah mungkir dengan janjinya..namun...~~Setiap fasa adalah “Dunia Cinta” andai tahu menghargainya~~
Jom Baca Sampai Habis-- - ___DuNia CiNta____

Thursday, 19 April 2012

~~perjalanan kasih~~

Perjalanan kasih yang berliku 
dalam mencari teman sejati
dalam meraih cinta ilahi

ketahuilah setiap saat,
aku mengharap hadirnya insan,
menjadi pelengkap kehidupan,

aku sedar zahir aku diciptakan sempurna
hakikat aku tidak seberapa,

Dalam perjalanan kasih, 
aku mencari dan mencari,
bukan untuk  suka-suka,
tapi untuk berkongsi segala rasa,

aku mencari dan mencari,
bukan sekadar mengisi kelapangan masa,
tapi memenuhi kekosongan jiwa utk redhaNya,

Dalam liku perjalanan kasih ini,
aku mencari lagi hingga akhirnya engkau kutemui,

saat hati dah pasti,
dalam sedar aku melakar impian,
dalam senang aku membina harapan,

agar engkau pemilik yang kutunggu,
agar telapak kaki engkau itu syurgaku..
Jom Baca Sampai Habis-- - ~~perjalanan kasih~~

jauhnya aku dariMu

              Disaat jari menari di satu2 huruf pada keyboard ini dengan jiwa yang kosong..akal bagaikan terpaku bila hati seakan2 baru tersedar dari lamunan..ya!baru tersedar yang diri ini leka,lalai dengan hidup seharian,dengan kerjaya,pergaulan,persekitaran dan semua ni’mat yang diberi..mengapa perlu jadi begini?tiada jawapan untuk persoalan itu,yang pasti semakin sibuk urusan dunia,makin jauh dengan Yang di atas sana. Sudah lama rasanya tidak mengadu,tidak menangis,tidak memohon padanya dengan ketulusan hati..setiap kali selepas salam ke kiri ketika bersujud padaNya,pasti jam yang menjadi tumpuan kerana “masa itu emas”. Untuk berzikir lama dirasakan satu pembaziran masa,untuk meminta dengan pelbagai permintaan dirasakan satu kerugian kerana akal selalu berkata “masa itu emas”.  Diri pula meletakkan yang “banyak kerja perlu dibuat selepas ini dan sekian sekian”. Jauh lagi untuk menangisi setiap kesalahan yang sengaja diciptakan. Alunan ayat2Nya juga sudah lama tidak meniti di bibir manis ini sekalipun sepotong ayat..kerana terlalu sibuk, sibuk dan sibuk..24 jam masa dirasakan tidak mencukupi untuk urusan dunia..Ya Rabb..jauhnya hambaMu ini...jauh denganMu...
           Hakikat hidup hambaMu ini..melangkah dan melangkah,kadang2 berlari namun bilamana terjatuh, akal yang waras ini mengarahkan agar kembali padaMu..ya!malam ini aku kembali padaMu, setelah aku terjatuh, setelah aku rasakan jauhnya aku dariMu, aku kembali merayu,memohon dan menangisi setiap kesalahan yang tidak terhitung banyaknya. Kembali mengalunkan ayat2Mu yang telah lama ditinggalkan. Aku malu denganMu Ya Rabb..malu dengan diri sendiri,malu dengan tingkahku yang keterlaluan,malu kerana tidak bersyukur dgn kurniaanMu.. lalainya hambaMu ini, namun Engkau sentiasa ada bilamana aku memerlukan, Engkau tidak pernah jemu memberikan ni’matMu sedangkan aku tidak menghargainya, sungguh!!Engkaulah Yang Maha pengasih..
            Hari ini aku kembali padaMu,kembali mengalunkan ayat2Mu, kembali sedar setiap tingkahku..tapi,esok mungkin aku jauh lagi dariMu..aku kejar lagi pentas yang Engkau pinjamkan ini..Ya Rabb..inilah hambaMu..yang sentiasa leka,yang sentiasa alpa dipentas kehidupan.
            Ya Rabb..walau jauh hambaMu ini melangkah...izinkan hambaMu kembali padaMu dengan keredhaanMu..amiin Ya Rabb..
Jom Baca Sampai Habis-- - jauhnya aku dariMu

Wednesday, 11 April 2012

doa masuk dan keluar tandas


Assalamualaikum..ape khabar kalian..moga sentiasa dalam lindungaNya..amin insyaallah...kali ini teratai nak kongsi satu doa ngan kalian...doa masuk tandas..haa..kadang2 kita ni lupa benda2 cmni..maklumlah, dah x tahan sgt nak buang main redah je masuk kan...doa yang selalu baca pun boleh lupa..hehehe


kat atas ni doa masuk tandas..tujuan baca doa ini ialah nak  mohon perlindungan dengan Allah dari gangguan syaitan jantan dan betina..almaklumla dalam tandas ni tempat diorang..rumah diorang..diorang lepak2 kat situ, meeting2 ngn geng diorg tu..heee..jadi bila kita nak msuk umah diorang sunat kita baca doa..minta pertolongan Allah dari diganggu oleh diorang kan..ok..mari kita sama2 mengamalkannya..mane2 yang x hafal lg boleh hafal skarang..haa..kejap je..lepas ni bila dah berhajat tu boleh la baca sebelum kaki kiri melangkah masuk ke tempat berhajat tu..hehehe
ok..kat bawah ni pulak doa keluar tandas..


setelah selesai hajat tu, sunat baca doa jugak tau..sebagai tanda  syukur dengan ni'mat kesihatan yang diberikan pada kita. menunaikan "hajat" adalah antara ni'mat yang Allah beri kat kita..bayangkan klau kita makan, makan, makan jer..x buang2..ataupun seminggu skali buang..aduhhh...mohon dijauhkan segala penyakit..amiin..
membaca doa masuk dan keluar tandas adalah antara adab-adab menunaikan hajat. selain tu ada lagi adabnya..antaranya menutup kepala, masuk dengan kaki kiri, memakai selipar, di tempat yang dikhaskan dan  tidak membelakangi atau mengadap kiblat..
~~ mari kita sama2 mengamalkannya~~syukran..wallahu a'lam..





Jom Baca Sampai Habis-- - doa masuk dan keluar tandas

pesanan ikhlas Adam

salam adek , boyfriend adek, pastikan dia baik , kalau nak keluar dgn dia pastikan waktu siang ,dan kemana sahaja pastikan beritau ibu dan ayah atau abng kerana mereka boleh mengikuti perkembangan adek. kita tak tahu niat seseorang lelaki tu ya.
adek , satu lagi pastikan jgn beri gambar berdiri kerana orang melayu ni suka main bomoh . kalau tak suka dia jgn keluarkan kata 2 kesat . bahaya dek !. dan pastikan jgn tinggalkan minuman ketika adek tiada di meja... dan jgn biarkan tangan merayau ajer bila dalam kereta , sekiranya seseorang itu suka kita , dia x kan buat benda benda kurang sopan , pastikan dia solat setiap kali masuk waktu , kalau dating masa zuhur , tanya dia tak gi solat ker ?.

abng doakan moga adek beroleh kebahagian yang di impikan . jangan beri kesempatan pd lelaki . apa yang dia nak biar selepas sah jadi suami isteri . kenal dia dulu , belajar perangai dia dulu , tengok cara dia adakah dia panas baran ? , penyabar ? . so tengok betul 2 yer dek . kerana berumahtangga ni kalau boleh biar hingga akhir hayat. amin !

~~thanks atas semua pesanan abg...adek akan sentiasa berhati2 dgn sesiapa pun yg adek jmpe~~
Jom Baca Sampai Habis-- - pesanan ikhlas Adam

BerUsAhaLah KlaU NaK...

hari ni dapat sms dari seorang adik..haa bunyinye cmni..(eh bunyi ke??pe2 je laaa..hee)
"kak, byha nak tanya n!e..ada la group dakwah kt kmpung byha n!e..d!0wg xkje..d!0wg brdkwah je..d!0wg mghrpkan tkd!r Allah je..bt0l ke cra d!0wg n!e kak??bukn ke k!te kena usaha?? untk cari rezeki..tmbahn plak d!owg n!e ada kluarga ms!ng2 tp d!owg xkje..hny mghrp..byha nak tahu sgt.."
hmmm ape yang akak nk jawab ni dik..elokla akak pecahkan satu2..pertama, diorg grup dkwah (bila sebut je "dakwah" pastinya kita bayangkan orang2 yang berjubah putih, berserban, ade buah tasbih kt tangan, ade janggut sket atau byk n byk lg yang kita bygkan..(yg pasti indah2 la kan..hehehe). haa satu lg kita pasti bygkan mereka ni orang2 yang berusaha mengajak kita mendekatkan diri dengan islam, mnyeru pada perkara baik dan melarang pada yang sbaliknya..(amar ma'ruf nahi munkar)..ok..tu satu usaha yang baik..terrrrrsangttt baik..sbb Rasul s.a.w pun dah pesan kt umatnya "sampaikan daripadaku walaupun satu ayat"..jadi, keje pendakwah ni adalah satu kje yang sgt mulia..dan sape2 pun boleh jadi da'ie..kat mane2 pun boleh jadi da'ie kalau nak..

persoalan kedua, diorang x keje dan hanya mengharapkan takdir Allah semata2 sedangkan kita perlu berusaha untuk dpt ape yang kita nak samada rezki dan sebagainya..Ya dik..kita kena usaha untuk dapat apa yang kita nak kerana "Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka sendiri yang mengubahnya"

sesungguhnya Allah s.w.t itu Maha Sempurna, Maha Adil dan Maha Bijaksana..Dia tidak akan mengubah kejahatan kepada kebaikan atau kebaikan kepada kejahatan melainkan manusia sendiri yang menjadi pengubahnya..klau kita nak jadi baik, kita berusaha untuk jadi baik..sama juga dalam urusan mencari rezeki..tiada istilah rezki dtg bergolek, atau semata-mata tunggu je jatuh dari langit..tiada..semua tu kena ada usaha..disamping usaha, mesti ada istiqamah yakni berterusan dlm usaha tersebut. mane bleh putus asa atau sekerat jalan je..seterusnya dalam usaha dan istiqamah tu kita jgn lupa berdoa dan berharap padaNya..haaa kat sini lah kita kena mengharap dengan penuh pengharapan..dalam kerendahan hati..dan akhirnya kita bertawakkal yakni berserah segalanya padaNya..

jawapan pendek je dari akak ye..kalau nak dunia mesti berusaha, nak akhirat juga mesti berusaha..sama jugak ngn rezki, kerjaya, kejayaan lam peperiksaan dan sebagainya pun kena ada usaha..islam x ajar kita mengharap tanpa usaha..berdakwah satu keje yang mulia tp yang x kena adalah bergantung dengan takdir sebab Allah s.w.t tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka sendiri yang mengubahnya..jadi kita kena usaha untuk dapatkan apa yang kita nak dan jangan kita lupa untuk meminta dan berharap padaNya kerana hanya Dia yang Maha segalanya..Maha menentukan yang terbaik untuk kita samada di dunia mahupun akhirat..~~ajaklah manusia kepada kebaikan, berusahalah untuk kecemerlangan dunia dan akhirat, namun jangan lupa berdoa seterusnya berserah padaNya, ya! semata-mata padaNya~~
Jom Baca Sampai Habis-- - BerUsAhaLah KlaU NaK...

bloggerbarubelajarberblog

assalamualaikum...haaa..ari ni teratai jadik blogger..festime nie..tu pun sbb kena desak berkali2 oleh someone..(erkk desak ke?) xde la..dia hanya nak teratai reti berblog..mcm dia..huhu, ape2 pun teratai hargai desakan dia tu..hehehe,

emm ape ek nk share??~~beku lagi ni..festime katekan..haa teratai nk gtau je sbnrnye x susah pun nk bikin blog ni..hanya 3 step je dah siap..dah bleh taip entri n post..yang susahnye teratai ni x reti nak makeup..kan best klau ade yang sukerela n senang hati nak tolong teratai..hehehe, nie just amik template yg dah ade..tu pun main tekan je,,xpela kan untuk permulaan..nnti free time teratai cuba la buat cntik2 lagi mcm blog2 lain cute je teratai tgk..heee

sampai sini jela ek.xtau la nk taip ape lg..puas duk pk dah, cz my status now ~~bloggerbarubelajarberblog~~



Jom Baca Sampai Habis-- - bloggerbarubelajarberblog

sms from mycinta

 salam semua..kaifa haalukum...rasa rindu kat my mum ari ni..(rindu sokmo~~everyday everytime)hehe..kerinduan yang bergolak bergelodak ni (tul x ayat nih..:p) membuat ana rasa nak share something..haa nampak x pic kat bwh ni..satu msg yang amat bermakna utk ana pada hari ulang tahun kelahiran yang ke 23 pada 22122011 yg dah berlalu...
sebagai anak, doa dari insan bergelar ibu mahupun bapa amatlah diharapkan, dinantikan..tanpa doa dan restu mereka mana mungkin hidup kita dpt berkat..ape yang kita nak adalah keberkatan..apa yang kita cari adalah keredhaan..berkat dan redha tu pulak akan diberi oleh Allah jika mak ayah kita redha ngn kita..sbb keredhaan Allah tu bergantung pada redhanya dua ibu bapa kita kat kita..kan2??ya!!mungkin kita boleh berjaya dlm, pmr, spm dan sebagainya dan mgkin juga berjaya dalam bidang kerja sbb ada pepatah "man jadda wajada" : sape berusaha dia akan berjaya. tapikan mane satu kita nak? berjaya bersama keberkatan dan keredhaan Allah dan mak ayah atau sebaliknya?hmmm kita fikirla bersama2.. =)
actually..terharu sgt dpt msg ni..bagi ana, ini hadiah yang sangat  bermakna di hari ulangtahun kelahiran..mak memang sgt2 baik dan tiada wanita sebaiknya di dunia ni..maaf, ana xleh bndingkan dia ngan sape2 sbb dia adalah dia, yang teramat istimewa pada diri ini..setiap nafas yang disedut dan dihembus, setiap nadi yang berdenyut..setiap masa yang berdetik hanya dia wanita istimewa di dunia ini..walaupun kekadang kena marah, kena bebel tu biasela..heheh(dah nakal sgt.:p) tapi dia tetap ibu yang dicinta selamanya..
 
ana percaya kita semua ada ibu kan..x kisah la ape pun panggilan..mak ke mama ke umi ke n ape2 jela..yang pastinya kita semua ada ibu..so, sementara kita msih lg diberi nyawa, masih lg dikurniakan akal yang waras, silalah kita sentiasa berbuat baik kat ibu kita..opss..bukan ibu je k..ayah pun kena wat baik jgk tau..heee...x susah pun kalu ikhlas..byk benda yg kita boleh buat kt diorang..x dpt bg duit xpe sbb belum kerja kan..at least setiap kali selepas solat tu berdoalah untuk kesejahteraan mereka..x susah pun nak doa tu..klu x tau nak doa lam bhs arab, doa malay pun xpe..klau reti bhs omputih pun ok jer..Allah trime je dlm bhs ape pun..yg pnting hati kita ni ikhlas untuk mereka..insyaallah doa akan diterima..
untuk my mum and dad..thanks a lot..
cinta kasihmu tiada ukuran nilai..aku mengharapkan agar dipanjangkan umur dan diberi peluang untuk menjadi anak yang solehah kerana aku juga ingin meraih syurgaNya..syurga yang sentiasa menunggu kehadiran insan2 soleh solehah yang solatnya, ibadahnya, hidupnya dan matinya hanya untuk DIA semata-mata...
duhai kawan..jadikan ibu dan ayah sebagai landasan untuk mendapat redha Allah...kerana keredhaan Allah itu bergantung pada keredhaan kedua ibu bapa..wallahu a'lam..
Jom Baca Sampai Habis-- - sms from mycinta
 

Show Me The Stars Template by Carly Lloyd Designs