wahhh..bukan main lagi teruja nak berbuka..ni lauk berbuka ke lauk kenduri ni??(bak fikir puan Ton tuuu)..
ok..saya bukan nak ulas panjang, sekadar nak buat kesimpulan dari gambar ini. walaupun ia sekadar gambar kartun yang dilukis, namun pelukisnya pasti mempunyai mesej yang nak disampaikan..
bagi saya lukisan ini menunjukkan sikap sebahagian daripada manusia. bila je habis sahur, dah fikir menu apa untuk berbuka, begitu juga menu untuk sahur. tidak mustahil jika ada antara kita yang meng"list"kan senarai menu untuk berbuka dan bersahur..sampai begitu ke??ya!! mungkin ada,.moga2 anda dan saya tidak tergolong dari golongan itu..insyaallah..
kenapa harus mengikut nafsu? kan bersederhana tu lebih baik..nak makan x salah, tapi biar berpada2. untuk berbuka mahupun bersahur, memadailah dengan beberapa menu terhidang di meja. pastikan habis semua, jangan membazir.
ingatlah, puasa bukan sahaja untuk menahan lapar dan dahaga di siang hari dan mengeyangkan perut di malam hari tapi ianya mendidik kita berkongsi kesusahan dengan umat2 islam yang miskin.
tanpa puasa kita tidak kenal lapar dan dahaga, tanpa kenal lapar dahaga, sampai bila2 pun kita tidak merasai kesusahan orang miskin..
oleh itu, bersederhana ketika berbuka. selamat berbuka untuk semua..:)
wallahu a'lam..
