hari ni dah 28 syaaban (mengikut takwim hijrah), 2 hari lagi akan menjelang ramadhan.bila datangnya ramadhan,pastinya umat islam yang mukallaf ditaklifkan dengan puasa selama sebulan berturut2 (bagi yang tidak uzur syar'ie).
berpuasa di bulan ramadhan merupakan salah satu dari rukun islam yang 5, duduknya di tangga yang ke 3 selepas penyaksian atau shahadah dan solat 5 waktu.
pengertian puasa dari segi bahasa ialah imsaak yakni tahan diri, manakala istilahnya pula bermaksud menahan diri dari makan dan minum serta menahan diri dari melakukan perkara2 yang membatalkan puasa dari terbit fajar(pagi waktu subuh) sehingga terbenam matahari (waktu maghrib).
antara kelebihan ramadhan berbanding bulan2 lain adalah Allah s.w.t menggandakan pahala setiap amalan yang dilakukan hambanya, Dia juga membelenggu(merantai) syaitan serta dibuka seluas2nya pintu syurga dan ditutup semua pintu neraka. ramadhan juga disebut bulan mulia, bulan ibadat dan keampunan. Allah s.w.t mengampunkan dosa2 mereka yang bertaubat dan kembali padaNya.
banyak aktiviti yang boleh dilakukan pada bulan ramadhan untuk menggandakan pahala kita. antaranya :
- membaca al-Quran, berazamlah untuk menghabiskan sekurang2nya 30 juzu' al-Quran pada bulan mulia ini.
- memberi makan orang2 miskin,anak yatim dan golongan2 yang tidakberkemampuan
- bersedekah walaupun dengan tamar
- mendirikan solat sunat(kebiasaan solat sunat terawih,solat sunat lain2 pun boleh)
bulan Ramadhan merupakan bulan dimana umat Islam mengumpulkan sebanyak2 pahala dengan melakukan pelbagai aktiviti yang menjadi ibadat.
selain itu, adanya Ramadhan memberi peluang kepada umat Islam merasai kesusahan seperti lapar dan dahaga yang sentiasa dihadapi oleh penduduk2 fakir dan miskin.
secara tidak lansung, ia dapat mentarbiyyah diri berkongsi kesusahan dan mensyukuri ni'mat kesenangan yang diberikan.
justeru, saya mengajak anda dan mengingatkan diri saya sendiri, marilah sama2 kita mentarbiyyah diri serta memperbanyakkan amal ibadat di bulan mulia ini.
gunakan waktu Ramadhan sebaiknya,
andainya ini Ramadhan kita yang terakhir,sekurang2nya kita tinggalkannya dengan kepuasan, namun sekiranya kita masih bertemu dengan Ramadhan akan datang, tinggalkan Ramadhan kali ini dengan kesempurnaan amal.
moga semuanya adalah yang terbaik untuk kita bagi meraih syurgaNYA. insyaallah..:)
<<<AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN KAREEM>>>
wallahu a'lam
