Bacaan pada bulan Ramadhan, dibaca 100 kali setiap hari
أَشْهَدُ أَنْ لَّا إِلَهَ إِلَّا اللهَ ، أَسْتَغْفِرُ اللهَ ، نَسْألَكَ الْجَنَّةَ وَنَعُوْذُ بِكَ مِنَ النَّار
asyhadu al laa ilaaha illalLaah, astaghfirullah. Nas'alukal jannata wa na'uuzubika minan naar.
maksudnya:
"aku naik saksi bahawasanya tiada Tuhan yang layak diibadahkan melainkan Allah, aku bermohon keampunan kepada Allah. kami memohon kepadaMu akan syurga dan kami memohon perlindungan denganMu dari api neraka"
keterangan :
amalan ini berdasarkan hadith yang panjang dari Sayyiduna Salman al-Farisi yang mengatakan : Rasullullah s.a.w telah berkhutbah kepada kami pada hari terakhir dari bulan Sya'ban........sehinggalah Baginda bersabda :
maksudnya :
"perbanyakkanlah padanya (pada bulan Ramadhan) 4 perkara : 2 perkara yang menyenangkan Tuhanmu, dan 2 perkara yang kamu sangat memerlukan. 2 perkara yang boleh menyenangkan Allah ialah : i) syahadah yakni (naik saksi) bahawa tiada Tuhan yang layak diibadahkan melainkan Allah s.w.t. dan ii) kamu bermohon keampunan (istighfar) kepadaNya. dan adapun 2perkara yang sangat kamu memerlukannya adalah i). kamu memohon Allah s.w.t akan syurgaNya, dan ii) kamu memohon perlindungan dari nerakaNya. dan sesiapa sahaja memberi minum kepada orang yang berpuasa, Allah akan memberi minum kepadanya dari air kolamku yang dengan satu minuman,dia tidak akan dahaga sehinggalah dia masuk ke dalam syurga" (riwayat ibn Khuzaimah dalam shahihnya, al-Baihaqi dan Ibn Hibban)
kesimpulannya :
2 ucapan yang menyenangkan Allah iaitu syahadah dan istighfar
2 doa yang sangat kita perlukan iaitu memohon syurgaNya dan memohon dijauhkan dari nerakaNya.
"semoga Allah menjadikan kita di kalangan mereka yang berpuasa dalamnya dan membangunkan malamnya dan menjadikan kita di kalangan mereka yang diterima amal mereka. amin.."
al-Faqir ilalLaahil Qadir
Muhadir bin Haji Joll
sabtu, 1 Ramadhan 1433 H/21 julai 2012M
Petaling Jaya Selangor.
kredit : Surau al-Hakim,
Subang Bestari 1,
shah alam.


