
Disaat jari menari di satu2 huruf pada keyboard ini dengan jiwa yang kosong..akal bagaikan terpaku bila hati seakan2 baru tersedar dari lamunan..ya!baru tersedar yang diri ini leka,lalai dengan hidup seharian,dengan kerjaya,pergaulan,persekitaran dan semua ni’mat yang diberi..mengapa perlu jadi begini?tiada jawapan untuk persoalan itu,yang pasti semakin sibuk urusan dunia,makin jauh dengan Yang di atas sana. Sudah lama rasanya tidak mengadu,tidak menangis,tidak memohon padanya dengan ketulusan hati..setiap kali selepas salam ke kiri ketika bersujud padaNya,pasti jam yang menjadi tumpuan kerana “masa itu emas”. Untuk berzikir lama dirasakan satu pembaziran masa,untuk meminta dengan pelbagai permintaan dirasakan satu kerugian kerana akal selalu berkata “masa itu emas”. Diri pula meletakkan yang “banyak kerja perlu dibuat selepas ini dan sekian sekian”. Jauh lagi untuk menangisi setiap kesalahan yang sengaja diciptakan. Alunan ayat2Nya juga sudah lama tidak meniti di bibir manis ini sekalipun sepotong ayat..kerana terlalu sibuk, sibuk dan sibuk..24 jam masa dirasakan tidak mencukupi untuk urusan dunia..Ya Rabb..jauhnya hambaMu ini...jauh denganMu...
Hakikat hidup hambaMu ini..melangkah dan melangkah,kadang2 berlari namun bilamana terjatuh, akal yang waras ini mengarahkan agar kembali padaMu..ya!malam ini aku kembali padaMu, setelah aku terjatuh, setelah aku rasakan jauhnya aku dariMu, aku kembali merayu,memohon dan menangisi setiap kesalahan yang tidak terhitung banyaknya. Kembali mengalunkan ayat2Mu yang telah lama ditinggalkan. Aku malu denganMu Ya Rabb..malu dengan diri sendiri,malu dengan tingkahku yang keterlaluan,malu kerana tidak bersyukur dgn kurniaanMu.. lalainya hambaMu ini, namun Engkau sentiasa ada bilamana aku memerlukan, Engkau tidak pernah jemu memberikan ni’matMu sedangkan aku tidak menghargainya, sungguh!!Engkaulah Yang Maha pengasih..
Hari ini aku kembali padaMu,kembali mengalunkan ayat2Mu, kembali sedar setiap tingkahku..tapi,esok mungkin aku jauh lagi dariMu..aku kejar lagi pentas yang Engkau pinjamkan ini..Ya Rabb..inilah hambaMu..yang sentiasa leka,yang sentiasa alpa dipentas kehidupan.
Ya Rabb..walau jauh hambaMu ini melangkah...izinkan hambaMu kembali padaMu dengan keredhaanMu..amiin Ya Rabb..