Monday, 16 July 2012

pemurah

assalam...semoga kita semua dalam lindungan dan rahmatNya..segala puji bagi Allah, tuhan seluruh makhluk,tuhan sekalian alam,selawat dan salam ke atas junjungan besar kekasihNya Nabi Muhammad s.a.w. Maha Suci Dia yang memberi segala ni'mat dan rahmat kepada hamba2Nya..sungguh..Dialah yang Maha Pemurah kepada hambaNya..syukur.
bicara tentang pemurah..satu sifat mahmudah yang seharusnya ada pada diri kita semua sebagai muslim.kalau non-muslim pun boleh ringan tulang  dalam membantu sesama lain,mengapa tidak kita, dan
bagaimana pula cara bersifat pemurah?

TE nak ulas sikit je tentang beberapa situasi orang yang pemurah ni..
  1.  bila pegi pasar malam atau pasar pagi  tengok insan2 bersila tadah balang,hulur wpun seposen
  2.  bila baby baru lahir, p lawat bwk hadiah atau bg duit untuk membantu meringankan beban ibubapa si baby(maklumlah,ada baby kena pakai byk duit) 
  3. bila lawat jenazah bg sedikit utk keluarga simati
  4. ziarah warga emas,ringan2kan tangan seluk saku (saku sendiri ek,jangan saku orang lain pulak. :p)
  5. anak yatim,orang miskin,kanak2,(tambah2 dekat2 nak raya ni) latihkan tangan utk membantu
yang ditulis adalah sebahagian situasi sahaja.kalau anda pernah mengalami situasi seperti itu,atau pernah membantu golongan2 diatas,maka anda seorang yang PEMURAH.
walaubagaimanapun, sikap pemurah bukan hanya diaplikasikan melalui harta(duit) sahaja,tetapi juga dengan perbuatan, sebagai contoh, ringan tulang membantu mak ayah di rumah, atau bantu qariah masjid bergotong royong,itu juga boleh dikategorikan sbg pemurah. walhal ringan bibir melebarkan senyuman juga pemurah!!mudah bukan..:-)

saudara saudari yang dikasihi, tidak menjadi satu kerugian bila kita bersifat pemurah, antara manfaat pemurah ialah :

  1. Allah s.w.t akan menggandakan lagi rezki yang sedia ada
  2. diberkati umur
  3. sentiasa disayangi 
  4. dapat mengelakkan bala atau musibah
  5. dapat mempermudahkan urusan kita kerana bila kita permudahkan urusan orang lain,Allah akan membantu kita dalam urusan kita,insyaallah.      

sabda rasulullah s.a.w  

اَلْيَدُ الْعُلْيَا خَيْرٌ مِّنَ الْيَدِ السُّفْلَى

“tangan di atas (yang memberi) lebih baik dari tangan yang di bawah (yang menerima)”


hadis ini jelas menerangkan bahawa orang yang selalu memberi (yakni pemurah dalam bersedekah,membantu dari segi wang atau pekhidmatan) itu lebih baik dari orang2 yang menerima bantuan,atau menadah tangan menerima pemberian. oleh itu, marilah sama2 kita berusaha menjadi seorang pemurah samada dari segi harta seperti sedekah atau perkhidmatan tenaga atau hanya sekadar senyuman..marilah menjadi PEMURAH!!
~~hiasi diri dengan sifat mahmudah,didik generasi menjadi pemurah~~
waalaahu a'lam.
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

 

Show Me The Stars Template by Carly Lloyd Designs